|
Selamat Hari Lahir Cikgu & Kawan-Kawanku.. |
|
|
Sunday, 19 May 2013 |
 19 MEI-Unit Bimbingan & Kauseling SKML telah mengadakan majlis ringkas bagi meraikan para pelajar dan guru yang lahir pada bulan Mei.Majlis berkenaan diadakan sewaktu perhimpunan mingguan di Dewan A-Ehsan pagi tadi.Selain nyanyian lagu Selamat Hari Lahir secara beramai-ramai oleh semua warga SKML para pelajar & guru yang diraikan juga diberikan sedikit cenderahati sebagai kenang-kenangan.Selamat Hari lahir,.semoga panjang umur & dimurahkan rezki kalian...... AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 19 May 2013 )
|
|
|
Kem Bestari Solat Kali Ke-2 SKML 2013 |
|
|
Saturday, 18 May 2013 |

18 MEI-Panitia Agama Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat Kali Ke-2 pada hari ini.Kem kali ini hanya melibatkan pelajar tahun 4 , 5 dan 6 sahaja.Ianya dikendalikan bersama antara guru-guru JQAF, guru-guru Agama Islam dan dibantu oleh guru-guru biasa yang lain.Para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi mengikuti latihan dalam kumpulan.Sepanjang program para peserta telah didedahkan teori & amali wuduk, tayangan video ( teori solat, perkara yang membatalkan wuduk & solat ) dan amali solat di surau sekolah.Pihak penganjur merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.. AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 18 May 2013 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Sambutan Hari Guru SKML 2013 |
|
|
Friday, 17 May 2013 |
|
 16 MEI-SK Mak Lagam telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah di Dewan Al-Ehsan pagi tadi.Semua guru dan pelajar sesi pagi dan petang telah menyertai sambutan tersebut yang diadakan secara sederhana tetapi penuh bermakna. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En.Che Mohd Rosli B. Che Yusoff. Seterusnya ucapan dari wakil pelajar SKML yang telah disampaikan oleh adik Nur Syafiqah Bt Mokhtar, diikuti dengan bacaan perutusan dari Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu oleh Tuan Guru Besar Hj.Mohammed B. Awang. Menyusul selepas itu bacaan ikrar guru yang dipimpin oleh En.Mohd Azlinor B. Mat Yahya sebelum diakhiri dengan nyanyian tiga buah lagu oleh semua guru dan sesi bergambar. Selain itu diadakan juga permainan sekaneka, jamuan buat pelajar & pertukaran hadiah sesama guru & kakitangan sekolah.Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para dermawan yang telah menghulurkan sumbangan bagi memeriahkan majlis pada hari ini..
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 17 May 2013 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Pelancaran Program Mentor Mentee 2013 |
|
|
Monday, 08 April 2013 |
 08 APRIL-Jawatankuasa Pelaksana Guru Penyayang SK Mak Lagam telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor-Mentee pada 07 April 2013 di Dewan Al-Ehsan. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan kasih sayang di sekolah. Salah satu aktiviti yang dilaksanakan di bawah konsep Guru Penyayang adalah program mentor-mentee. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Tn.Haji Abdul Rahman B. Kadir,Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. Pada majlis itu telah diadakan penyerahan modul kepada mentor yang terlibat mengikut kelas,penghargaan kepada murid yang hadir penuh ke sekolah sepanjang Januari hingga Mac, meraikan guru-guru & pelajar yang lahir pada bulan April dan bersalam-salaman dengan semua guru & murid sambil diiringi bacaan selawat.Semoga program ini berjalan baik sebagaimana dirancang dan diharapkan... AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 08 April 2013 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 8 dari 165 |