|
Sumbangan Raya 2010 |
|
|
Thursday, 02 September 2010 |
 05 SEPT-SK Mak Lagam telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Raya buat anak-anak yatim & pelajarnya tengahari tadi.Seramai 21 orang anak yatim telah menerima hamper,duit raya & pakaian yang ditaja oleh Wakil-Wakil Rakyat Daerah Kemaman & orang perseorangan.Sebelum itu semua anak-anak yatim yang terlibat telah dibawa ke pusat membeli-belah Centre Point Kemaman bagi memberi peluang memilih sendiri pakaian raya mengikut citarasa masing-masing.Pada majlis itu beberapa aktiviti sampingan turut diadakan seperti penyampaian hadiah bagi aktiviti Agama Islam, pertandingan sempena bulan kemerdekaan dan penyampaian duit raya buat semua pelajar.Sekalung penghargaan & terima kasih buat para dermawan yang menjayakan program pada tahun ini.. AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 02 September 2010 )
|
|
|
Khatam Al-Quran & Sambutan Kemerdekaan |
|
|
Sunday, 29 August 2010 |
 29 OGOS-Panitia Agama Islam dan Panitia Sivik & Kewarganegaraan SKML telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah pagi tadi.Pada majlis itu Ustaz Khalid telah memimpin bacaan ayat-ayat suci al-quran bersama 150 orang pelajar yang terlibat.Sementara PK1 Pn.Nor Jamnah Bt Keman turut menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar yang terlibat dengan tadarus al-quran pada tahun ini.Selepas rehat program diteruskan dengan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.Beberapa aktiviti telah diadakan seperti deklamasi sajak,ceramah, nyanyian lagu-lagu patriotik & pertandingan melukis poster. AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 29 August 2010 )
|
|
|
Kem Ceria Pintar 2010 |
|
|
Saturday, 24 July 2010 |
|
 24 JUL-Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling serta PIBG SK Mak Lagam telah mengadakan Kem Ceria Pintar buat pelajar tahun 6.Program yang bermula pada 22 ~ 24hb Julai ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyediakan pelajar-pelajar tahun 6 secara sedar & terancang,sekaligus melonjakkan prestasi diri masing-masing.Sepanjang 2 hari 2 malam itu para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan UPSR yang bukan sahaja dikendalikan oleh guru-guru tahun 6 SKML sendiri tetapi juga melibatkan fasilitator yang dijemput khas bagi mengendalikan setiap mata pelajaran.Selain itu slot motivasi juga turut diadakan.Semoga dengan pelbagai usaha dan program yang telah dilaksanakan selama ini prestasi UPSR SK Mak Lagam tahun ini akan meningkat naik berbanding tahun-tahun sebelumnya.Insyaallah….. AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 24 July 2010 )
|
|
|
Jasamu Dikenang |
|
|
Thursday, 15 July 2010 |
 15 JULAI-MGK dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Cikgu Zuriati Mamat tengahari tadi.Berapa ahli MGK telah menjemput Cikgu Zuriati di rumahnya di Bandar Baru Bukit Mentok pada jam 11.45 pagi Rombongan tersebut yang turut diiringi 2 buah motosikal Jaguh dari Roi Club SKML telah selamat tiba di perkarangan sekolah pada jam 12.30 tengahari dan diberi sambutan bunga manggar & paluan kompang sambil diarak ke Dewan SKML.Pada majlis itu selain ucapan dari GPK1,Pengerusi PIBG,yang diraikan & wakil pelajar, penyampaian cenderahati dan persembahan pelajar turut diadakan.Cikgu Zuriati memulakan perkhidmatannya pada tahun1977di SK.Bukit Mentok sehingga tahun 1983. Di SKRKT Seberang Tayor hingga 1987,SK Kuala Penor sehingga 1990,SK Geliga sehingga 2001 seterusnya menamatkan perkhidmatan di SK Mak Lagam.Bagi pihak warga SKML kami mengucapkan “Selamat bersara & sesungguhnya jasa dan sumbangan anda amat kami hargai….” AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 24 July 2010 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 8 dari 75 |